Ads 468x60px

1 2 3 4 5 6

Monday, May 31, 2010

Asal usulmu Smaasza

Sebuah puisi permulaan yang dicipta dengan kedangkalan ilmu di dada.  Biarpun akan menerima kritikan, besarlah harapan agar ianya menjadi pencetus kepada seluruh warga Smaasza khususnya anak-anak didik untuk mengirimkan sajak, pantun, seloka, gurindam atau apa-apa sahaja kepada ruangan sudut kreatif di dalam blog ini. Emelkan karya anda kepada syasmaasza@gmail.com atau hantarkan terus kepada AJK Unit ICT Smaasza.

Asal usulmu Smaasza

Panorama dari Tingkat 3 Blok D Smaasza
Letakmu digigi air
Laut China Selatan

Asal usulmu penuh cabaran
Pemimpin dengan kehendak zaman
Tidak ada pilihan
Biarpun menumpang diteratak orang
Biarpun bergalangkan  lengan
Tanpa nama tanpa gelaran
Memori susur galur Smaasza

Kegigihan dan keiltizaman
Kesungguhan perjuangan
Telah menyaksikan asal namamu
Ditulis dengan tinta keramat
Madrasah Arabiyyah diukir di Ladang

Tempat kelahiran Smaasza
Keangkuhanmu untuk berkembang
Bersaksikan langit Pantai Batu Buruk
Awan gemawan menjadi mohornya
Sahlah rasmilah
Sekolahku Sultan Zainal Abidin
Nama yang besar
Nama yang gagah
Menjulang tinggi ilmu agama
Menabur bakti keseluruh jagat.
Bangunan yang bersejarah

Friday, May 28, 2010

KEMPEN MEMBACA 1MALAYSIA SMAASZA 2010

Kad ucapan hari guru 2010 oleh pelajar Smaasza



Sebahagian daripada kad-kad ucapan pelajar Smaasza kepada guru sempena sambutan hari guru 2010 baru-baru ini.  Di atas sekali tu...mudir dicelah-celah kad ucapan berbentuk batu bersurat teranung kite.  Syabas! anak-anak pelajar semua.

Wajah baru galeri smaasza 2010

Galeri smaasza ini adalah sebuah bangunan bersejarah yang dibina semenjak zaman penjajah British lagi. Dulunya bangunan ini digunakan sebagai bilik guru dan  kedai koperasi sekolah.  Bangunan ini kemudiannya telah dibaiki dan diberi nafas baru lalu dinamakan Galeri Smaasza. 

Kad Ucapan Hari Guru

Walaupun Hari Guru telah meninggalkan kita, namun rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga guru Malaysia walau di mana juga berada.  Semasa sambutan hari guru peringkat sekolah di SMAASZA, penulis sempat menghasilkan dua keping kad hari guru yang istimewa.  Kad ini telah diuploadkan  ke portal utama SMAASZA.  Penulis ingin berkongsi kad ini dengan pengunjung blog SmaaszaKini.
Kad 1

Kad 2
 
;