Ads 468x60px

1 2 3 4 5 6

Thursday, May 26, 2011

PM Umumkan Kaedah Kenaikan Pangkat Guru

Guru mendapat pengiktirafan yang berlipat ganda oleh kerajaan apabila lima skim kenaikan pangkat akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Perdana Menteri mengumumkan demikian dalam satu rakaman video yang disiarkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching pada 16 Mei 2011 yang lalu.

Dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri menjelaskan lima kaedah kenaikan pangkat tersebut merupakan kaedah yang hanya terdapat dalam skim perkhidmatan perguruan.

Kaedah-kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat berdasarkan kekosongan jawatan, kenaikan pangkat berdasarkan kaedah khas untuk penyandang (KUP), kenaikan berdasarkan guru besar dan pengetua cemerlang, guru wibawa dan guru pendita.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa jawatan guru besar akan dinaiktaraf kepada DG A34 bagi sekolah rendah berbanding DGA 32 dan pengetua sekolah dari DG 48 kepada DG 52 manakala guru penolong kanan akan dinaiktarafkan kepada DG 48 bagi sekolah menengah.
Baca selanjutnya di Blog Rasmi KPM
 

0 comments:

Post a Comment

Sepatah kata bisa mengubah segala...terima kasih

 
;