Ads 468x60px

1 2 3 4 5 6

Tuesday, June 14, 2011

BERITA PANAS

UNTUK MAKLUMAN SELURUH WARGA SMAASZA!
Gambar Ehsan daripada Blog TEGANU KITA


Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said mengumumkan Ahad ini (19 Mei) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontijen negeri ini menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) XVI.   Petikan daripada Blog TEGANU KITA....

Friday, June 10, 2011

Puteri SMAASZA Beriadah

Siap buat peace lagi...happy!

Minum teh tu...jangan dibuang pulak!!!

Ni...mak cik-mak cik mana pulak?

Sempat tangkap pelajar putera yang pemalu??

Berehat sambil menghirup udara segar dengan pemandangan yang cantik
Riadah adalah suatu aktiviti yang baik untuk menjaga kesihatan maupun menghabiskan masa berharga kita.  Petang tadi, Khamis 9 Jun, pelajar puteri SMAASZA telah mengadakan aktiviti riadah di sekitar Pantai Batu Buruk.  Aktiviti ini adalah baik untuk merehatkan fikiran yang letih seharian kerana berhadapan dengan  buku dan kelas.  Lihatlah foto-foto di atas, mereka gembira tapi jangan lupa balik ke asrama nanti, study!!!

Tuesday, June 7, 2011

Cuti Telah Berlalu

image from google
Cuti pertengahan  tinggal lebih kurang 1 minggu lagi.  Sebahagian daripada pelajar SMAASZA telah kembali ke sekolah lebih awal untuk menyambung perjuangan yang belum selesai.  Seminggu sebelum sekolah dibuka, unit Projek PMR, SPM, STAM dan STPM telah bersedia dengan aktiviti dan rancangan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran.  Pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini akan memulakan pelajaran mereka lebih awal seminggu berbanding pelajar lain.  Mereka perlu memperlengkapkan diri untuk menghadapi hari penentuan hala tuju mereka.  Kem dan kelas tambahan di adakan bermula 7 Jun dan adalah diharapkan pelajar akan lebih fokus di dalam pelajaran mereka. Selain pelajar, guru-guru yang terlibat akan bertungkus lumus menjayakan program ini demi bagi memastikan para pelajar akan dapat mengikuti aktiviti dengan penuh berdisiplin dan bersemangat.  Terima kasih semua!  Semoga usaha kalian akan menghasilkan kejayaan, insyaAllah!


 
;