Ads 468x60px

1 2 3 4 5 6

Thursday, May 26, 2011

PM Umumkan Kaedah Kenaikan Pangkat Guru

Guru mendapat pengiktirafan yang berlipat ganda oleh kerajaan apabila lima skim kenaikan pangkat akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan.

Perdana Menteri mengumumkan demikian dalam satu rakaman video yang disiarkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Borneo Convention Centre, Kuching pada 16 Mei 2011 yang lalu.

Dalam pengumuman tersebut, Perdana Menteri menjelaskan lima kaedah kenaikan pangkat tersebut merupakan kaedah yang hanya terdapat dalam skim perkhidmatan perguruan.

Kaedah-kaedah tersebut ialah kenaikan pangkat berdasarkan kekosongan jawatan, kenaikan pangkat berdasarkan kaedah khas untuk penyandang (KUP), kenaikan berdasarkan guru besar dan pengetua cemerlang, guru wibawa dan guru pendita.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa jawatan guru besar akan dinaiktaraf kepada DG A34 bagi sekolah rendah berbanding DGA 32 dan pengetua sekolah dari DG 48 kepada DG 52 manakala guru penolong kanan akan dinaiktarafkan kepada DG 48 bagi sekolah menengah.
Baca selanjutnya di Blog Rasmi KPM
 

Tuesday, May 24, 2011

Semangat Belajar Pelajar Smaasza

Tidak membuang masa
Demam Peperiksaan OTI 1 mencapai kemuncaknya.  Suasana musim peperiksaan amat ketara di Smaasza.  Di dalam perhimpunan pagi Ahad, pelajar Smaasza kelihatan amat serius sekali.
Mewujudkan suasana diskusi walau di manapun, bagus!
Mereka berjuang dan terus berjuang untuk mendapatkan kedudukan terbaik di dalam peperiksaan kali ini. Alangkah baiknya jika keadaan ini berterusan setiap hari tanpa mengambil kira adakah peperiksaan sudah hampir atau masih jauh lagi.  Apa pun, syabas anak-anak Smaasza.  Semoga usaha anda membuahkan hasil yang manis! InsyaAllah!

Friday, May 20, 2011

PendaftaranTingkatan 6 STPM/STAM

Pendaftaran pelajar Tingkatan 6 Rendah STPM dan 6 Rendah STAM telah diadakan pada hari Ahad 15 Mei baru-baru ini.  Untuk makluman kepada semua, pengambilan dan penentuan syarat-syarat bagi kemasukan ke Tingkatan 6 di SMAASZA adalah ditentukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan).  Satu Majlis telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Razak bin Jusoh.
Seramai hampir 100 orang pelajar telah mendaftar bermula dari jam 9.00-11.00 pagi.  Majlis di akhiri dengan  jamuan bagi ibu bapa pelajar.

Wednesday, May 18, 2011

Foto-foto Sekitar Hari guru 2011 di SMAASZA

Hari Guru 2011 disambut meriah di SMAASZA.  Saksikanlah foto-foto ya g sempat dirakamkan pada hari tersebut.

 
;