Ads 468x60px

1 2 3 4 5 6

Monday, May 31, 2010

Asal usulmu Smaasza

Sebuah puisi permulaan yang dicipta dengan kedangkalan ilmu di dada.  Biarpun akan menerima kritikan, besarlah harapan agar ianya menjadi pencetus kepada seluruh warga Smaasza khususnya anak-anak didik untuk mengirimkan sajak, pantun, seloka, gurindam atau apa-apa sahaja kepada ruangan sudut kreatif di dalam blog ini. Emelkan karya anda kepada syasmaasza@gmail.com atau hantarkan terus kepada AJK Unit ICT Smaasza.

Asal usulmu Smaasza

Panorama dari Tingkat 3 Blok D Smaasza
Letakmu digigi air
Laut China Selatan

Asal usulmu penuh cabaran
Pemimpin dengan kehendak zaman
Tidak ada pilihan
Biarpun menumpang diteratak orang
Biarpun bergalangkan  lengan
Tanpa nama tanpa gelaran
Memori susur galur Smaasza

Kegigihan dan keiltizaman
Kesungguhan perjuangan
Telah menyaksikan asal namamu
Ditulis dengan tinta keramat
Madrasah Arabiyyah diukir di Ladang

Tempat kelahiran Smaasza
Keangkuhanmu untuk berkembang
Bersaksikan langit Pantai Batu Buruk
Awan gemawan menjadi mohornya
Sahlah rasmilah
Sekolahku Sultan Zainal Abidin
Nama yang besar
Nama yang gagah
Menjulang tinggi ilmu agama
Menabur bakti keseluruh jagat.
Bangunan yang bersejarah

0 comments:

Post a Comment

Sepatah kata bisa mengubah segala...terima kasih

 
;