Ads 468x60px

1 2 3 4 5 6

Tuesday, June 7, 2011

Cuti Telah Berlalu

image from google
Cuti pertengahan  tinggal lebih kurang 1 minggu lagi.  Sebahagian daripada pelajar SMAASZA telah kembali ke sekolah lebih awal untuk menyambung perjuangan yang belum selesai.  Seminggu sebelum sekolah dibuka, unit Projek PMR, SPM, STAM dan STPM telah bersedia dengan aktiviti dan rancangan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran.  Pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini akan memulakan pelajaran mereka lebih awal seminggu berbanding pelajar lain.  Mereka perlu memperlengkapkan diri untuk menghadapi hari penentuan hala tuju mereka.  Kem dan kelas tambahan di adakan bermula 7 Jun dan adalah diharapkan pelajar akan lebih fokus di dalam pelajaran mereka. Selain pelajar, guru-guru yang terlibat akan bertungkus lumus menjayakan program ini demi bagi memastikan para pelajar akan dapat mengikuti aktiviti dengan penuh berdisiplin dan bersemangat.  Terima kasih semua!  Semoga usaha kalian akan menghasilkan kejayaan, insyaAllah!


0 comments:

Post a Comment

Sepatah kata bisa mengubah segala...terima kasih

 
;